Anda tahu atau tidak yang video adalah sangat penting untuk menarik perhatian pembeli? Video adalah salah satu taktik pemasaran yang berkesan kerana pembeli akan lebih rasa tertarik untuk membeli. Kerana apa? Kerana daripada video, pembeli akan mengetahui lebih terperinci tentang produk anda dan perniagaan anda dengan lebih dekat. Maklumat perniagaan anda akan lebih jelas dan pembeli akan lebih yakin dengan apa yang mereka akan beli daripada anda.
Untuk memastikan video tentang perniagaan anda lebih komprehensif, anda boleh mencipta video mengikut kategori ini:
Sumber: EasyParcel
Sumber: The dUCk Group
Sumber: FashionValet
Sumber: Najib Asaddok
Dengan adanya video seperti ini, pembeli akan lebih yakin untuk membeli. Sebagai contoh, jika produk anda lebih mahal berbanding produk yang lain, jadi dengan adanya testimoni pengguna tentang kelebihan produk anda, ianya akan lebih meyakinkan pembeli lain tentang kelebihan yang ada pada produk anda berbanding dengan produk lain.
Selepas anda menyusun cara untuk anda menyebarkan video iklan anda, anda juga perlulah bijak untuk memilih platform yang tepat untuk memastikan video iklan tersebut mendapat liputan yang tinggi. Antara platform yang anda perlukan adalah seperti:
Youtube
- Youtube adalah platform kedua terbesar selepas Google. Ini adalah salah satu platform yang boleh digunakan untuk memuat naik video iklan anda. Dengan anggaran pengguna aktif seramai 1.9 billion, kebanyakan perniagaan mampu untuk mendapatkan pembeli dari platform ini. Bukan sahaja untuk mempromosikan produk mereka, malah dengan menggunakan Youtube juga, peniaga dapat mengemaskini status perniagaan mereka.
- Selepas anda menghasilkan video iklan perniagaan anda dan telah memuat naik di Youtube, jadi untuk memastikan video iklan anda ditonton oleh pengguna, teaser video tersebut harus di muat naik di mana mana platform social media yang anda gunakan seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
- Kaedah-kaedah video teaser adalah seperti di bawah:
- Hasilkan promo klip selama 60 saat dan kongsi di Instagram dan Facebook
- Selepas anda telah hasilkan video untuk perniagaan anda, anda juga boleh mencipta video teaser yang menarik untuk ‘Instagram Stories’
- Kaedah-kaedah video teaser adalah seperti di bawah:
Sumber: EasyParcel
EasyParcel telah mengadakan sambutan hari Halloween dan Deepavali (Deepalloween) dan mereka telah memuat naik video tersebut di Youtube. Ini adalah salah satu cara untuk mereka sentiasa terus berhubung dengan pembeli mereka.
Jadi dengan menggunakan Youtube, peluang untuk anda terus berhubung dengan pelanggan ideal anda adalah sangat tinggi.
2. Instagram :
- Kebanyakan peniaga di luar sana tidak tahu yang video Instagram yang ditaja (Sponsored Instagram Video) akan mendapat 3 kali ganda komen berbanding gambar Instagram yang ditaja. Ini kerana pengguna Instagram pada zaman teknologi yang semakin berkembang sekarang akan mencari video Instgram yang ditaja untuk membeli produk yang mereka inginkan.
3. Laman Web Perniagaan / Blog :
- Adakah anda tahu yang video yang di muat naik di laman web atau blog anda akan mendapat perhatian lebih ramai pembeli? Ini kerana apabila pengguna internet mencari maklumat tentang perniagaan anda, video yang di muat naik di laman web atau blog anda secara automatik akan dipamerkan di laman utama Google, Yahoo, atau mana-mana web carian yang anda gunakan.
- Jadi apabila anda memuat naik video di laman web atau blog anda, peratusan untuk pengguna mengunjungi laman web anda akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana pengguna lebih cenderung untuk melihat video yang berkaitan dengan sesuatu informasi.
Ini adalah contoh, EasyParcel telah memuat naik video tutorial cara-cara untuk menempah penghantaran dengan menggunakan EasyParcel.
Apabila pengguna mencari carian tentang informasi di Google atau web carian yang lain, video yang dimuat naik di lama web atau website perniagaan anda akan secara automatik dipamerkan di web carian yang anda gunakan.
Dengan semua teknologi yang ada sekarang, anda dengan mudahnya dapat mempromosikan perniagaan anda! Apa sahaja produk yang anda jual, dengan mudahnya anda akan dapat menjualny. Mudah kan?
#p/s: dengan menggunakan EasyParcel, ianya akan memudahkan lagi proses penghantaran produk anda kepada pelanggan anda. Daftar secara percuma sekarang.
Jika anda memerlulan sebarang bantuan, sila hubungi kami melalui emel kepada [email protected].