‘Bantu Usahawan E-dagang’ merupakan artikel myMetro yang disiarkan pada 13/8/2014 oleh Afiq Hanif. Penyedia hos web terkemuka, Exabytes Network Sdn Bhd (Exabytes), melancarkan portal menyepadukan penyedia kurier dan logistik, EasyParcel yang pertama di Malaysia.

Berbanding kaedah tradisional, ia me­nyediakan satu sistem penghantaran dengan penggunaan mudah melalui Internet.

Pengasas Exabytes Chan Kee Siak berkata, Easy­Parcel menggabungkan perkhidmatan lima syarikat penghantaran dan logistik terkemuka di negara ini termasuk Poslaju, Skynet, Airpax, Nationwide dan DHL dalam satu platform e-dagang.

“Penjual dan peniaga ‘online’ dapat memanfaatkan penggunaan EasyParcel kerana sistem penghantaran yang efisien menjadi kunci kejayaan mereka ketika menjual produk.

CHAN menunjukkan platform bersepadu Easyparcel.

CHAN menunjukkan platform bersepadu Easyparcel.

“Dengan EasyParcel, peng­guna boleh memilih penyedia kurier yang mampu menghantar produk mereka tepat pada masa dan tempatnya de­ngan harga kompetitif,” katanya.

Easy­Parcel mula diperkenalkan kepada usahawan e-dagang yang menggunakan hos web Exabytes sejak Jun 2014.

“Meskipun kami mempunyai lima syarikat kurier yang bekerjasama, kami menjangkakan dua syarikat kurier pada September akan datang,” katanya. Beliau turut memaklumkan, syarikatnya menyasarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa dengan syarikat kurier terkemuka seperti UPS, TnT dan FedEx. “Buat masa ini kami menyediakan perkhidmatan penghantaran dosmetik tetapi akan bergiat aktif untuk cuba memperkenalkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa dalam masa terdekat,” katanya. Dengan menggunakan EasyParcel, pengguna boleh menikmati penjimatan berbanding kaedah tradisional tanpa perlu membuka akaun dengan syarikat kurier atau memberi komitmen minimum peng­gunaan setiap bulan. “Malah, pihak kurier akan datang mengambil barang dari tempat anda. “Sistem prabayar yang digunakan pula memastikan EasyParcel dapat memberi harga terbaik kerana syarikat kurier tidak perlu risau risiko kekurangan penghantaran dan mengejar bayaran dari pengguna,” katanya. Related: Exabytes sasar 5,000 pengguna EasyParcel