This article is adapted from Sinar Harian by MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.  

Untitled 1_0001

EasyParcel menggabungkan hingga lima penyedia perkhidmatan logistik dan perkapalan seperti Poslaju, Skynet, Airpax, Nationwide dan DHL dalam satu platform e-dagang bersepadu tunggal. Buat masa ini, penyedia kurier yang ada dalam EasyParcel adalah Skynet dan tiga lagi akan menyusul sehingga penghujung Ogos iaitu Pos Laju, Airpax dan Nationwide.

EXABYTES Network Sdn Bhd (Exabytes) menyasarkan 5,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengguna e-dagang menggunakan perkhidmatan terbaharunya, EasyParcel.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chan Kee Siak berkata, sasaran tersebut adalah untuk tempoh setahun bermula pra-pelancaran EasyParcel pada Jun lalu.

“EasyParcel merupakan perkhidmatan atas talian yang membolehkan PKS dan individu mencari perkhidmatan kurier dalam menghantar barang mereka.

“Apa yang istimewa dengan EasyParcel adalah, mereka boleh memilih perkhidmatan kurier dalam EasyParcel bagi menghantar barang mereka,” katanya ketika sidang media di Puchong, semalam.

Ini sekali gus memudahkan PKS merancakkan lagi perniagaan dan penglibatan mereka dalam e-dagang.

Menurutnya, dengan EasyParcel, pengguna boleh membandingkan harga yang ditawar oleh penyedia kurier dan memilih harga yang paling murah ditawarkan.

“Buat masa ini, penyedia kurier yang ada dalam EasyParcel adalah Skynet dan tiga lagi akan menyusul sehingga penghujung Ogos iaitu Pos Laju, Airpax dan Nationwide.

“Manakala perkhidmatan kurier oleh DHL, Aramex dan EMS akan mula ditawarkan dalam EasyParcel melalui laman web www.easyparcel.my bermula September ini,” katanya.

Exabytes turut menyasarkan 10 penyedia khidmat kurier akan berada dalam EasyParcel sehingga penghujung 2014.

Related: EasyParcel is now official